Assalamualaikum wbt..
Salam ketemu rakan2 sekalian lama dah saya tak update blog saya ini. Maklumlah awal2 tahun nih diri saya agak kesibukan dengan urusan-urusan sekolah dan juga tahun ini saya dah pun mula mengajar tuisyen di beberapa buah rumah di atas permintaan keluarga. Seperti tajuk di atas tanpa berceloteh panjang mari kita kenal dulu apa itu solat secara ringkas..kata orang tak kenal maka tak cinta kan..so kita kenal dulu secara ringkas.
APA ITU SOLAT ?
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
- Solat Asar sebanyak 4 rakaat
- Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
- Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
- Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
- Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
baiklah sekarang kita dah pon tahu apa itu solat..Selepas ini saya akan merungkai sedikit sebanyak tntang perkara2 yang membatalkan solat. Kekadang kita terlepas pandang perkara2 ini dan tanpa kita sedari solat kita sudah pon terbatal.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT :
- Makan dan minum dengan sengaja.
Hah ! dah namanya kita nak solat kan..solat itu sama seperti kita menghadap ALLAH..mudah je cuba anda sambil makan anda menghadap ibubapa awak mntak sesuatu. agak2 dapat apa? ( kalo saya kompom dapat penampar). Inikan lagi kita nak menghadap tuhan kita.
- Berkata-kata dengan sengaja.
Daripada Zaid bin al-Arqam r.a katanya : "(Dahulu) kami sering berbicara ketika sedang solat. Salah seorang sahabat kami mengajak bicara teman yang berada disampingnya ketika solat, hingga turunlah ayat : 'Dan laksanakanlah solat kerana ALLAH dengan khusyuk.' (Surah al-Baqarah 2:238), maka kami diperintahkan untuk diam dan melarang kami berbicara (ketika sedang solat)." (Riwayat al-Jamaah)
- Berhadas sebelum salam yang pertama.
Sedangkan jika kita berhadas itu boleh membatalkan wudhu apatah lagi solatkan. So kalo agak2 terasa nak berhadas itu terus lah berhadas jgn tahan2 pastu solat semula. Itukan lebih baik daripada kita was2.
- Badan atau pakaian terkena najis
Islam itu indah wahai sahabat2 sekalian. Islam amat menekankan kebersihan. Jadi periksalah pakaian anda sebelum solat. Seeloknya khaskan pakaian untuk solat.
- Berdehem, mengeluh, bergurau atau ketawa.
Jika mengandungi dua huruf atau lebih tanpa uzur dan boleh didengari, kecuali jika semua itu terjadi kerana rasa takut kepada ALLAH atau kerana tidak mampu menahan untuk tidak mengucapkannya. ~ kekadang saya ada dengar orang solat siap batuk2 lagi..
- Melakukan pergerakan yang buka gerakan solat
Pergerakan yang dibenarkan hanya lah pergerakan yang kecil seperti menggaru menggunakan jari. Jika ketika anda garu itu tangan anda bergerak maka batal solat anda jika melebihi 3 kiraan. Islam mengajar kita berdisiplin didalam solat. Indahnya ISLAM.
- Sengaja meninggalkan rukun solat.
Terdapat 14 rukun solat. Maka jika kita tertinggal salah satu solat kita dikira tidak sah. Macam juga kita nak buat passportkan. Jika tiada salinan kad pengenalan passport tak dpt dikeluarkan. Solat pula ada 14..semuanya mudah2 dan bermanfaat bagi kita.
- Terbuka aurat dengan sengaja
Kepada yang solat pakai kain dan pakai baju yang boleh aurat anda terbuka tu eoklah berhati2..pakai Jubah & seluar kan lebih baik. Spt yang saya katakan tadi sediakan baju khas untuk solat.
- Makmum yang sengaja mendahului imam
Jika sengaja maka batal solatnya dan jika tidak sengaja hendaklah makmum tersebut kembali mengikut imam dan tidak batal solatnya. Seeloknya selepas imam selesai sebut ALLAHU AKBAR barulah anda mengikut imam supaya tidak terawal dari imam.
- Sengaja memberi salam sebelum solatnya sempurna
Ini dikira dalam meninggalkan rukun solat. Maka batallah solatnya itu.
Itulah sedikit sebanya perkara-perkara yang membatalkan solat. Insyaallah jika ada tambahan saya akan update kemudian. Sekian dulu moga perkongsian saya ini dapat beri manfaat kepada rakan2 sekalian. Amin..
No comments:
Post a Comment