Thanks to Suhaimi Abd Halim aka Bob yang snap gambar ni
Seperti biasa ucapan saya dimulakan dengan salam kerna bagi saya salam itu adalah pembuka bicara yang di ajar dalam agama ISLAM. Hari ni saya pon tak tahu selepas saudara bob beri gambar di atas saya terasa diri saya ini amatlah berharga. Kenapa ?
- Saya adalah 1 yang bertuah kerana memenangi pertandingan perlumbaan sperma dengan mengalahkan beribu-ribu lagi sperma.
- Sehingga saat ini saya masih lagi diberi peluang untuk hidup dan menjadi pelakon didunia yang penuh pancaroba ini
- Saya masih mempunyai satu keluarga yang lengkap. Ibubapa saya masih berada didunia, akak dan abang saya masih lagi boleh berchating dengan saya, gelak ketawa adik2 saya masih lagi boleh kedengaran.
- Sehingga saat ini saya di beri pelbagai rezeki sehingga saya tidak tahu mana datangnya rezeki itu. Very big thanks to ALLAH yang menurunkan rezeki.
- Diberi peluang menimba pelbagai pengalaman. Alhamdulillah sepanjang saya hidup pelbagai pengalaman yang saya timba.
- Peluang menimba ILMU yang pelbagai. Terima kasih kepada Ibubapa saya yang menghantar saya di sekolah aliran agama. Dengan itu saya dapat dalami ilmu agama malah saya boleh berbahasa arab(wpon sikit2) dan juga saya berpeluang meluaskan ilmu dalam bidang ICT ketika di USIM walaupun saya di aliran agama. Untuk pengetahuan di USIM dulu saya ambil Sarjana Quran dan Multimedia. So Ilmu Al-Quran saya amik ilmu Multimedia pon saya ambil. Sekarang saya gabungkan kedua-duanya sekali.
- Disayangi oleh someone special (yang ni tak nak ulas panjang nnt kahwin saya jemput yer)
Sebenarnya kalo nak diikutkan banyak lagi yg nak disenaraikan. Kita sebagai manusia sepatutnya kene sentiasa munasabah dan menghargai diri. Ramai lagi kan saya lihat kat luar2 negara tu yang lebih malang sari diri kita. Kat Malaysia cukup la.Ramai lagi yang tidak bernasib baik. Saya amat sayang diri saya kerana bagi saya DIRIKU INI AMAT BERHARGA. bye & spread love.
No comments:
Post a Comment