Kita menghadapi berbagai kesusahan di dunia ini. Kita jatuh sakit, mungkin patah tangan atau kaki, kita merasa terlalu sejuk atau panas, perut kita sakit, kulit kita lebam dan lain-lain. Perhatikan gambar ibu bapa kamu ketika mereka muda dan fikirkan wajah mereka hari ini. Kamu akan mengesan perbezaannya.
Allah menjadikan kelemahan-kelemahan ini untuk manusia di dunia ini. Tetapi tidak satu pun kelemahan ini wujud di akhirat kelak. Disebabkan oleh kelemahan-kelemahan di dunia ini, kita lebih menghargai ganjaran di syurga. Apabila memasuki syurga semua kelemahan akan hilang. Fikirkan tentang apa yang tidak kamu sukai di dunia ini... Tidak satu pun wujud di alam baqa.
Syurga dihiasi dengan berbagai kenikmatan yang manusia ingin kecapi. Makanan dan minuman terbaik di dunia pun tidak dapat menandingi apa yang ada di syurga. Manusia tidak akan merasa sejuk atau panas di sini. Ia tidak jatuh sakit, takut, berduka cita atau menjadi tua.
Kamu tidak akan menemui orang yang lemah di sana. Kerana mereka yang lemah, iaitu mereka yang kufur kepada Allah dan menafikan-Nya, kekal di dalam neraka, tempat yang selayaknya bagi mereka. Mereka yang berada di syurga bercakap di antara satu sama lain dengan ramah; mereka tidak mengutuk, menjadi marah, menjerit atau menyakiti sesiapa. Semua manusia baik yang mempunyai keimanan kepada Allah dan mereka yang melakukan perkara-perkara yang diredai Allah dan layak memasuki syurga, menjadi kawan selama-lamanya.
Daripada Al-Quran kita mengetahui benda-benda menakjubkan wujud di dalam syurga: Rumah-rumah besar, taman-taman yang rendang, dan sungai-sungai yang mengalir menambahkan kegembiraan ahli syurga. Sebenarnya apa yang kita sebutkan tidak memadai untuk menggambarkan sendiri kenikmatan-kenikmatan syurga. Keindahan syurga lebih jauh daripada imaginasi kita.
Di dalam Al-Quran, Allah memaklumkan kita tentang syurga, manusia akan mendapat lebih dari apa yang jangkakannya. Fikirkan tentang sesuatu yang kamu inginkan atau suatu tempat yang ingin kamu lawati. Dengan izin Allah kamu akan memilikinya dalam sekelip mata. Sebahagian ayat Al-Quran yang menceritakan keindahan syurga seperti berikut:
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
(Surah Muhammad :15)
(Balasan mereka ialah) Syurga - syurga " Adn ", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. (Surah Faatir : 33)
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan.Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki.
(Surah Yaa Siin : 55-57)
(Surah Yaa Siin : 55-57)
Allah juga memaklumkan kita mereka yang layak menerima syurga akan kekal di dalamnya selama-lamanya:
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-A’raaf : 42)
Pada dasarnya, seorang yang beriman senang mendapat pemberian Allah. Mengetahui dan menyedari ini adalah satu kegembiraan yang paling hebat kepada manusia di dunia ini.
* Petikan ini dipetik dari artikel Al- Fadhil HarunYahya yang bertajuk " Mari Kita Belajar Tentang Islam "
No comments:
Post a Comment