Assalamualaikum wbt..
Terasa begitu lama saya tak menjenguk blog saya ini. Jangan kata bersarang. Saya rasa dah jadi zoo dah kalo binatang boleh hidup di alam maya ini. Maaf lah yer. Saya agak kesibukan dalam mengatur semula kehidupan saya yang penuh dengan pancaroba ini.
Baiklah sahabat-sahabat sekalian. Pada kali ini saya teringin sekali menyentuh sedikit topik yang mana topik ini memang amat hebat diperkatakan dari dulu sampai sekarang. Iaitu tentang MASA. Bila kita berbicara tentang topik masa ni banyak perspektif atau definisi yang orang utarakan. Tak kiralah sama ada kata-kata hikmat, pepatah mahupun ucapan atau ayat daripada orang terkenal memang tak terkiralah banyaknya berkaitan masa ni.
Saya ambil satu contoh pepatah Arab " Masa itu Ibarat Pedang, Peganglah ia sebelum ia jatuh ke atas kamu". Apa yang anda faham tentang pepatah pepatung ini?. Dia macam ni, Pedang itu ibarat hiperbola kepada masa. Kiasannya kalau kamu tak pegang atau capai pedang tu akan jatuh ke atas kamu atau lebih teruk mungkin akan pancung 32 kepala kamu. Dalam hidup ini kita kene biasakan diri mengejar masa. Kalau kita asyik berlengah, bertangguh atau lebih teruk lagi mengharapkan masa itu menunggu kita, kelak kita sendiri yang akan ketinggalan. Siapa yang rugi? Diri sendiri juga. Sebab itu lah wujudnya pepatah ini.
Orang Arab merupakan pemain pedang yang handal jadi mereka mengaplikasikan memegang pedang ini sama seperti mereka memgang masa. Jika pedang itu tidak digenggam dengan kemas atau tidak dipegang dengan segera mereka berdepan binasa. Jika mereka tidak mencapai atau menjaga masa dengan baik mereka akan rugi dan terlepas sesuatu. Begitulah agaknya definisi masa itu ibarat pedang.
Orang Arab merupakan pemain pedang yang handal jadi mereka mengaplikasikan memegang pedang ini sama seperti mereka memgang masa. Jika pedang itu tidak digenggam dengan kemas atau tidak dipegang dengan segera mereka berdepan binasa. Jika mereka tidak mencapai atau menjaga masa dengan baik mereka akan rugi dan terlepas sesuatu. Begitulah agaknya definisi masa itu ibarat pedang.
Satu lagi peribahasa yang popular adalah bertangguh itu pencuri masa. Ye lah kalau asyik bertangguh, bertangguh dan terus bertangguh je sampai bila nak siap? Pepatah ni tersangatlah sesuai ditujukan kepada golongan yang asyik bertangguh saja buat kerja. Bila dah tiba dateline jadi gabra.
Pepatah orang kita pula masa itu emas. Boleh dikatakan majoriti daripada orang Melayu sendiri yang menyangkal kaw-kaw peribahasa ni. Alah standard typical Meleis la kalau berkaitan dengan bangsa sendiri habis semua nak bangkang .
Kata sesetengah golongan ni la kalau la masa itu emas itu bermakna masa itu boleh dibeli lah kan? Emas itu bernilai dan boleh dibeli sama ada dengan wang tunai, kad kredit atau bayar ansuran sedangkan masa itu tidak ternilai harganya untuk dibeli. Senang cerita masa itu tidak sama nilainya dengan emas.Eh tapi ada jugak orang yang memfantasikan masa itu boleh dibeli dan dijadikan urus niaga.
Jadi apa sebenarnya motif saya menyentuh tentang masa ini? Ahaa sebenarnya saya nak beritahu yang sekarang ni saya dah mula sedar masa tu memang betul-betul berlalu dengan PANTAS. Buktinya dulu saya berada di sekolah rendah dan kemudian naik ke sekolah menengah. Sedar tak sedar dah 10 tahun saya tinggalkan alam persekolahan. 10 tahun tu rasa macam sekejap je sebenarnya,.
Lepas tu saya sambung pengajian ke peringkat STAM. Pejam celik Sekarang dah kerja dah pun ! Dan yang lagi best rupa-rupanya saya dah 2 tahun menetap di Shah Alam bermakna dah hampir 2 tahun saya bergelar pendidik untuk anak bangsa. Umur saya sakarang pun dah 25 tahun. Orang kata muda lagi. Tanjat boboi. Bagi saya dah lambat sebab apa yang saya dapat capai selama 25 tahun saya hidup di bumi tuhan yang esa ini. Haih sedih dengan kehidupan saya ini.
Masa. Masa. Masa. Terasa sekejap betul berlalu. Kahwin? Entahlah. Tiba-tiba saya terasa betapa khilafnya diri ini lepas tengok gambar kawan saya yang sudah berumah tangga. Muhasabah diri sebentar. Hurmmm calon dah ada. Mak Ayah kedua-dua belah pihak pun dah setuju. Bila lah nak langsung nih.
Ni ada satu rahsia saya nak beritahu kepada sahabat sekalian. Sebenarnya kan nak tahu sama ada orang tu jenis jaga masa atau tidak lihatlah penjagaan waktu solatnya. Kalau solatnya ditunaikan pada awal waktunya Alhamdulillah. Kalau yang lambat tu pulak mungkin geng pengamal janji Melayu. Kalau yang tak solat langsung tu pulak haa tu no komen. Kome jawaplah dengan ALLAH SWT nanti..
Sekian sahaja dari saya..Wasalam.