Dec 19, 2011

Aku Berserah



Assalamualaikum wbt..

2011..

hmmmm satu tahun yang merupakan amat bermakna buat diriku. Ragam, Masalah, Ujian, Kemanisan, Kemenangan dan tidak lupa Tangisan. Bermacam-macam yang aku hadapi pada tahun ini. Aku redha je la apa yang berlaku sbb semua itu kan sudah ditakdirkan. Kita ini hanya sebagai pelakon sahaja..

Alhamdulillah, aku telah pergi jauh. Pergi jauh dari dunia yang gelap kepada yang aku pikirkan agak terang tetapi sebagai manusia biasa yang penuh nista ini tindakan aku kadang kala buat semua org salah faham..dan terlalu byk salah faham yang diketengahkan.. setelah melemparkan berbagai tohmahan dan andaian kepada aku.. aku sedar ini adalah salah satu ujian.. dan sgt mencabar emosi dan mustahil utk aku tidak melukai hati aku sendiri..

Sesungguhnya kamu telah mengetahui ape yang sebenarnye berlaku dan kamu sgt memahami aku.. dan kamu juga lah yang selalu buat aku tersinggung.. dengan kata-kata kamu yang kamu kata kamu paham aku.. sebenarnye kamu hanya menyedapkan hati aku sahaja.. maaf laa jika aku katakan, sukar aku utk tidak melukai hati aku sendiri.. yang sebenarnye sudah berdarah kembali.. dan maaf laa aku tidak mengambil pendapat kamu sebulat-bulatnya.. kerna kamu juga yang telah mengajar aku untuk berfikir sebelum bertindak.. kamu tau aku syg kamu semua dan sesungguhnya aku cuba untuk tidak cemburu lagi.. dan aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kamu semua..

maafkan aku..

Harapnya semua ini akan berlalu dengan pantas.. dan sekarang ini aku telah menjadi seorang GURU ... jika benar la ini masa depanku, aku berdoa kepada Allah untuk permudahkan segala urusan. 

Berakhir nye 2011, berharap berakhir juga laa semua kesengsaraan ku.. moga selepas ini aku akan lebih matang menghadapi semua rintangan yang mencabar.. dan setelah apa yang berlaku.. aku hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal.. hanya Allah tempatku berserah..

Aku bersyukur dengan semua yang diberikan.. dan aku akan lebih berusaha untuk menghadapi masa depan yang lagi mencabar.. dan banyak lagi ujian dan cabaran yang perlu dilalui di masa hadapan..

No comments:

Post a Comment