Pada masa kini, ramai orang menganggap Jahiliah itu hanyalah pada zaman sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul. Bagi pandangan saya pula, hakikat sebenar apa yang dikatakan Jahiliah berlaku sepanjang zaman selama terdapat kepercayaan, fahaman, ideologi dan amalan bertentangan dengan Islam.
Pandangan saya ini timbul sebab mereka tidak mengenali dan memahami Islam sebagai ad-DIN iaitu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Ini bererti ada pada mereka ada unsur tidak mengerti (Jahiliah). Malah jika kta boleh lihat di keadaan dan suasana sekitar kita mereka ini sudah menerima pengaruh kepercayaan, pemikiran, kebudayaan, kefahaman, ideologi dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang dilabelkan dengan istilah-istilah moden, dengan kebebasan (liberalisme), keseronokan (hedonisme), gaya hidup baru (new trend) dan fesyen. Akibat kejahilan itu mereka terjebak dalam perangkap :
- Penyelewengan Akidah, Ajaran sesat dan Murtad.
- Maksiat dalam berbagai-bagai ketogori dengan meninggalkan yang wajib dan melakukan yang haram @ secara umumnya melakukan yang mungkar dan meninggalkan yang makruf.
- Keruntuhan ahlak di kalangan remaja dan tingkat umur lain
- Rendahnya nilai manusia dan kemanusiaan (kejadian bunuh, buang bayi, rogol dll )
- Perlanggaran terhadap hukum Allah Ta'ala dan bertindak mengikut akal dan nafsu semata-mata.(Isu Politik terutamanya)
Sebahagian generasi muda terjebak dalam aliran yang tersebut tanpa memikirkan akibatnya terhadap keislaman mereka. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan diantara berbagai-bagai agama dalam aktiviti maksiat yang dirancang atau tidak dirancang telah menyebabkan berlaku :
- Gejala murtad.
- Hubungan haram yang membawa kepada banyaknya kelahiran " Anak Tidak Sah Taraf ".
- Gaya hidup ber "kapel",merendek dan berpasangan sebelum nikah.
- Gejala meninggalkan kewajipan ( solat, puasa dll )
- Mengabaikan larangan Allah Taala
- Melakukan Maksiat spt minum arak, berjudi, menagih dadah, hidu gam, merempit dll.
- Hidup mengikut dorongan hawa nafsu amarah yang meletakkan martabat mereka lebih rendah dari haiwan.
- Terikut-ikut cara hidup masyarakat barat terutamanya dikalangan belia sama ada perlakuan, pakaian atau kegemaran sehingga luntur identiti islam pada diri mereka.
Kebebasan ini menghanyutkan mereka dalam keseronokan melayani nafsu amarah yang terus-menerus menjerumus mereka ke jurang gelap yang penuh kehinaan dan kehancuran mengikut aliran dan fesyen Jahilian Moden. Islam yang ada kebanyakan kini hanyalah pada nama, kad pengenalan dan keturunan. MasyaAllah.
Kita sebagai masyarakat yang perihatin cuba tanyakan pada diri kita ini sendiri adakah kita tergolong dalam apa yang saya sebutkan diatas. Jika tidak adakah kita hanya perlu berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat semua ini terjadi. Perlukah kita bertindak ? Bagaimana kita hendak bertindak? Apakah tidakan yang perlu kita jalankan? tepuklah dada tanya pada diri kita sendiri. Kurang ilmu boleh dicari. Sekian.
No comments:
Post a Comment