Dec 26, 2011

Kesusahan Di Dunia Ini Membolehkan Kita Memahami Keindahan Syurga Dengan Lebih Baik


Assalamualaikum wbt..

Kita menghadapi berbagai kesusahan di dunia ini. Kita jatuh sakit, mungkin patah tangan atau kaki, kita merasa terlalu sejuk atau panas, perut kita sakit, kulit kita lebam dan lain-lain. Perhatikan gambar ibu bapa kamu ketika mereka muda dan fikirkan wajah mereka hari ini. Kamu akan mengesan perbezaannya.

Allah menjadikan kelemahan-kelemahan ini untuk manusia di dunia ini. Tetapi tidak satu pun kelemahan ini wujud di akhirat kelak. Disebabkan oleh kelemahan-kelemahan di dunia ini, kita lebih menghargai ganjaran di syurga. Apabila memasuki syurga semua kelemahan akan hilang. Fikirkan tentang apa yang tidak kamu sukai di dunia ini... Tidak satu pun wujud di alam baqa.

Dec 23, 2011

Kerana Diriku Begitu Berharga

Thanks to Suhaimi Abd Halim aka Bob yang snap gambar ni

Assalamualaikum wbt..

Seperti biasa ucapan saya dimulakan dengan salam kerna bagi saya salam itu adalah pembuka bicara yang di ajar dalam agama ISLAM. Hari ni saya pon tak tahu selepas saudara bob beri gambar di atas saya terasa diri saya ini amatlah berharga. Kenapa ?

Dec 22, 2011

Ilmu Untuk Kaum Hawa

( sumber foto : www.henna4u.com )
Assalamualaikum wbt..

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dec 21, 2011

Hakikat Sebuah Kehidupan




Assalamualaikum wbt..

Salam diberi sebagai pengganti bagi diri saya, harap disambut sekehendaknya. Insyaallah untuk kali ini saya akan menceritakan sedikit hakikat kehidupan berdasarkan pengamatan dan bacaan saya. Sebagai seorang guru saya terfikir dulu-dulu saya ke sekolah, masa kecil2 dahulu cikgu saya mengajar saya mengenali huruf dan angka, selepas itu saya mula di ajar membaca, menulis dan mengira. Itu sudah kebiasaan kehidupan manusia kan. Tetapi pernahkah kita berfikir, untuk apa kita pergi kesekolah dan belajar semua ini ?

Kebanyakan dari kita mesti menjawab " Biase la kita belajar untuk masa depan kita, nnti boleh dapat kerja bagus, boleh jd manusia yg berguna, boleh menjalani kehidupan yg senang ". Jadi ini sudah terbukti bukan kita pasti akan jadi dewasa kelak. Dengan kata lain, suatu ketika nanti kita akan dewasa jika ALLAH S.W.T menghendaki kita menjadi dewasa.Namun begitu kita tidak akan terus dewasa . Kita akan melalui zaman kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan seterusnya Tua kemudian kita akan mati dan kita akan hidup semula di akhirat kelak.

Dec 20, 2011

Jahiliah Moden


Assalamualaikum wbt..

Pada masa kini, ramai orang menganggap Jahiliah itu hanyalah pada zaman sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul. Bagi pandangan saya pula, hakikat sebenar apa yang dikatakan Jahiliah  berlaku sepanjang zaman selama terdapat kepercayaan, fahaman, ideologi dan amalan bertentangan dengan Islam.

Pandangan saya ini timbul sebab mereka tidak mengenali dan memahami Islam sebagai ad-DIN iaitu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Ini bererti ada pada mereka ada unsur tidak mengerti (Jahiliah). Malah jika kta boleh lihat di keadaan dan suasana sekitar kita mereka ini sudah menerima pengaruh kepercayaan, pemikiran, kebudayaan, kefahaman, ideologi dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang dilabelkan dengan istilah-istilah moden, dengan kebebasan (liberalisme), keseronokan (hedonisme), gaya hidup baru (new trend) dan fesyen. Akibat kejahilan itu mereka terjebak dalam perangkap :

Dec 19, 2011

Aku Berserah



Assalamualaikum wbt..

2011..

hmmmm satu tahun yang merupakan amat bermakna buat diriku. Ragam, Masalah, Ujian, Kemanisan, Kemenangan dan tidak lupa Tangisan. Bermacam-macam yang aku hadapi pada tahun ini. Aku redha je la apa yang berlaku sbb semua itu kan sudah ditakdirkan. Kita ini hanya sebagai pelakon sahaja..

Alhamdulillah, aku telah pergi jauh. Pergi jauh dari dunia yang gelap kepada yang aku pikirkan agak terang tetapi sebagai manusia biasa yang penuh nista ini tindakan aku kadang kala buat semua org salah faham..dan terlalu byk salah faham yang diketengahkan.. setelah melemparkan berbagai tohmahan dan andaian kepada aku.. aku sedar ini adalah salah satu ujian.. dan sgt mencabar emosi dan mustahil utk aku tidak melukai hati aku sendiri..

Dec 18, 2011

Pesanan Seorang Guru



Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.